08162017Wed
Last updateTue, 22 Nov 2016 12pm

RUNDINGAN DAMAI PATANI DIBERI NAFAS BAHARU

Editorial , Pusat Berita Aman

Proses Rundingan Damai Selatan Thailand atau Patani yang tergendala akibat pergolakan politik Bangkok sehingga berlaku rampasan kuasa oleh tentera pada 22 Mei lalu, kini diberi nafas baharu.Komitmen ditunjkkan oleh pentadbiran tentera, dengan struktur plan damai yang dilihat lebih intergrasi dan bersatu. Usaha ini diharap berupaya membuka peluang keamanan berkekalan di wilayah bergolak itu.Namun, masih wujud saranan terhadap pembentukan badan khas yang dapat menyelenggara proses berkenaan, biarpun dalam situasi pertukaran kepimpinan Negara.

Pada permulaan pengambil-alihan tampuk kepimpinan Mei lalu, timbul kebimbangan usaha damai terkubur, setelah kerajaan tentera menafikan proses yang dilaksanakan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri , Yingluck Shinawat.

Namun tanpa disangka, pentadbiran Perdana Menteri Jen.Prayuth Chan-Ocha memutuskan untuk meneruskan usaha itu.

Tetapi frasa ""PEACE DIALOGUE" ditukar kepada "HAPPY PEACE TALK".

Begitupun kira-kira 80 sehingga 90 peratus kandungannya yang terdahulu, masih menjadi intipati perbincangan baharu yang bakal diadakan tidak lama lagi. Dan Malaysia tetap diberi kepercayaan sebagai fasilitator.

"Kini tentera bukan hanya menyertai sebaliknya adalah pemain utama yang boleh membuka kunci dan merungkai akar umbi masalah yang lahir daripada kerajaan demokrasi. Ia membuka peluang baharu dan satu cabaran. Kata Prof. Madya Dr. Srisompop Jitpiromsri, Pengarah Deep South Watch.

Tambahnya, peluang ini dapat digunakan pihak tentera untuk lebih menyesuaikan diri dengan kumpulan gerakan terbabit seperti Barisan Revolusi Nasional -BRN dan Pertubuhan Pembebasan Bersatu - PULO.

Peranan kerajaan tentera dialu-alukan oleh Presiden PULO, Kasturi Mahkota. Namun ia memerlukan strategi bagi memastikan kelangsungan proses.

"Kita sedia berunding dengan kerajaan tentera tetapi dan kita harap kerajaan tentera membentuk satu badan atau satu mandat kepada satu badan kerajaan yang boleh berkongsi seterusnya setelah kerajaan tentera jatuh ataupun pemilihan kerajaan Thailand itu sendiri dilakukan maka badan kerajaan yang dimandatkan untuk dijalankan masih ada." Kata Presiden PULO, Kasturi Mahkota.

Bagaimana pun Kasturi mengakui pihaknya mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan pihak tentera Thai, namun setakat ini belu ada keputusan rasmi dicapai.

"Bagi saya secara khususnya ingin mencadangkan supaya perbicaraan selanjutnya yang diada nanti menjurus kepada mementumkan proses situ sendiri menjadikan proses itu kepada international standard atau pun international call bukan mengikut kehendak Thailand dan bukan mengikut kehendak gerakan dan juga bukan mengikut kehendak fasilitator. Prose situ sendiri mesti diadjuskan mengikut standard antarabangsa yang mana disitu ada dua kumpulan yang berkonflik adanya disitu fasilitator atau mediator ada disitu stack holder yang lain" Tambah Kasturi.

Kasturi melihat peranan Malaysia yang dipilih sebagai anggota tidak tetap PBB dengan secara langsungnya memanglah perkara itu sensitif untuk Malaysia membawakan kepada PBB , walau bagaimana pun ini dianggapkan sebagai konflik tempatan maka pada masa terdekat ini isu ini taklah sampai ke PBB atau satu hari nanti dengan izin Allah akan sampai ke sana.

Dalam jangka masa terdekat lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand, Jen.Prayuth Chan-Ocha ke Malaysia untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan pada 30 November dan 1 Disember ini. Proses rundingan damai selatan Thai akan mendapat nafas baharu dalam menamatkan konflik berdarah di Negara jiran itu.
Amannews

  • Hot News

  • Top News

  • Latest News

  • English : Latest News

  • Thai : Latest News