| ประวัติ/ Patani | Hajisulong & Patani | Patani itu Langkasuka | Patani&Mahyiddeen | Sejarah Melayu | Sejarah Perjuangan Melayu Patani | Takbai and kerisek Report |
 
PATANI News Online Thai Military Assult on Unarmed 85 Deaths 200 Arrest tak bai News Online




















2010-01-16
Undang-undang Syariah di Ace
BANDA ACEH 14 Jan. – Suasana damai berjalan seperti biasa di mana kawasan pantai, anak kecil bermain ombak, gadis-gadis sunti bersembang di pantai yang berpasir dan muzik kedengaran dari corong radio daripada sekumpulan budak lelaki.
 
Namun, pantai terletak di Banda Aceh ini, merupakan satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Syariah sebagai kod perundangan dan keadaan menjadi tegang apabila anggota polis tiba dengan trak pikap.

Unit polis yang dipanggil ‘Wilayatul Hisbah’ ini menjalankan rondaan untuk mencegah aktiviti maksiat pasangan belum berkahwin, wanita Islam tidak bertudung atau memakai pakaian ketat, serta mereka yang minum arak atau berjudi.

Dalam keramaian di pantai, sentiasa ada pasangan duduk berdua-duaan walaupun tidak terlalu dekat, namun masih menjadi sasaran polis Syariah.

“Kamu masih belum berkahwin, kamu tidak boleh berdua-duaan di sini. Balik sekarang,” kata seorang polis kepada pasangan yang kemudian berjalan dalam kekecewaan ke tempat letak kenderaan.

Remaja perempuan yang memakai seluar ketat juga turut tidak terlepas daripada menerima tindakan.

“Kamu sepatutnya malu berpakaian begini. Balik ke rumah dan tukar pakaian kepada pakaian yang lebih sopan,” kata seorang pegawai lain kepada dua gadis berseluar jeans.

Indonesia merupakan negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia, namun Aceh adalah wilayah yang paling kuat melaksanakan undang-undang Syariah, selari dengan gelarannya sebagai ‘Serambi Mekah’ kerana ia merupakan wilayah pertama di rantau ini menerima Islam.

Aceh mendapat hak menggunakan undang-undang Syariah sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi yang ditandatangani pada 2002 yang bertujuan menamatkan konflik antara pemisah Islam dengan tentera Indonesia yang telah meragut beribu-rubu nyawa.

Seramai 160,000 maut dalam tragedi tsunami Lautan Hindi pada 2004, yang membuka jalan ke arah perdamaian antara kedua-dua pihak serta kemasukan berbilion dolar bantuan asing. – REUTERS.

Utusan berita
 
www.utusan.com.my
 
 » SPECIAL REPOR
MILF tolak tawaran autonomi terbaru kerajaan Filipina
Autonomi baru MILF
Undang-undang Syariah di Ace
Apa Makna Allah Kepada Melayu
OIC gagal bawa perpaduan dunia Islam: Dr Mahathir
 
 » POLITICS
ปะทะเดือดที่ยะลาทหารดับ1เจ็บ2 วิสามัญคนร้ายตายพบมีหมายจับ
ตำรวจสั่งไม่ฟ้องผู้ต้องหากราดยิง 10 ศพมัสยิดไอร์ปาแย!/ข่าวจากประชาชน
ฆาตกรโหดฆ่าเยาวชนมลายูมุสลิม, จังหวัดชายแดนภาคใต้ (สังหารโหดของวัยรุ่นอายุ 20 ปีชื่อ อีมาดุดดีน บิน ฮารูน)
วางระเบิดตำรวจระแงะ สาหัส 3 รถพังยับ คาดก่อเหตุร้ายในช่วงเดือนรอมฏอน
ปะทะเดือดอาร์เคเคที่รือเสาะยึดของกลางเพียบ
 
 » ENGLISH
MOSQUE MASSACRE ,Seh Daeng's aide linked to Narathiwat massacre
South blast injures 3; bomb found in north
People's Voice In Southern Provinces Will Be Considered - Abhisit
Separatists 'cease fire' in 3 areas
Latest bomb attack in Yala kills three
 
 » MELAYU
Ini ada lah kenyataan kematian Imanuddin BiN Harun
PM anggapnya kunci penyelesaian konflik
"Suara" rakyat di Wilayah Selatan akan diambil kira: Abhisit
Pelajar ditembak oleh Peluru sesat ketika sedang belajar
Puak pemisah selatan Thai sedia berunding/Patani liberation movements ready for talks with the Thais
 
 » SPECIAL REPORT
MILF tolak tawaran autonomi terbaru kerajaan Filipina
Autonomi baru MILF
Undang-undang Syariah di Ace
Apa Makna Allah Kepada Melayu
OIC gagal bawa perpaduan dunia Islam: Dr Mahathir
 
 
 
 
Perubahan PPPB
News Online News Online
 
 
 
 
Copyright © 2006. All Rights Reserved.