| ประวัติ/ Patani | Hajisulong & Patani | Patani itu Langkasuka | Patani&Mahyiddeen | Sejarah Melayu | Sejarah Perjuangan Melayu Patani | Takbai and kerisek Report |
 
PATANI News Online Thai Military Assult on Unarmed 85 Deaths 200 Arrest tak bai News Online




















2010-07-21
"Suara" rakyat di Wilayah Selatan akan diambil kira: Abhisit
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand,Abhisit Vejjajiva berkata kerajaannya akan mengambil kira "suara" rakyat di wilayah selatan yang bermasalah, dalam undang-undang baru yang akan diluluskan Parlimen, tidak lama lagi.
 
eliau mengakui bahawa pendekatan seumpama itu adalah penting untuk memastikan isu yang telah lama berlarutan di tiga wilayah itu - Narathiwat, Yala dan Pattani - akan diselesaikan.

"Dengan undang-undang baru yang akan diluluskan, kerajaan akan mendapatkan input terus daripada penduduk tempatan di wilayah selatan," katanya.

Abhisit berkata demikian ketika bercakap kepada 14 wartawan dari negara-negara Asia yang menghadiri program media di sini (dari 18-24 Julai) di pejabatnya semalam.

Lebih 3,500 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah melancarkan semula gerakan bersejata pada Januari 2005 menuntut kemerdekaan untuk tiga wilayah yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam itu iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat.

Bangkok menghantar lebih 60,000 anggota pasukan keselamatan untuk memerangi kumpulan pemberontak yang sering melancarkan gerakan melalui letupan bom jalanan, melepaskan tembakan dan pelbagai taktik pengganas yang lain.

Abhisit berkata kerajaan Thai telah mengadakan perbincangan dan dialog dengan masyarakat tempatan serta pemimpin agama di wilayah itu, mengenai apa yang mereka inginkan.

Beliau turut menegaskan bahawa sehingga kini, tiada individu atau kumpulan yang tampil mengaku bertanggungjawab apabila sesuatu kejadian keganasan berlaku di wilayah selatan.

"Walaupun keganasan berlaku, tiada individu atau kumpulan mengaku bertanggungjawab atau membuat tuntutan," katanya.

Abhisit berkata kerajaan Thai juga telah merangka program pembangunan yang menyeluruh termasuk dalam bidang ekonomi dan keselamatan untuk penduduk tempatan dalam usaha untuk menyelesaikan konflik di wilayah selatan.

Dengan pelbagai program dirancang, beliau yakin kerajaan berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan konflik yang telah lama berlanjutan di sana.

Menganggap isu di wilayah selatan sebagai penting dalam dasar kerajaan, kerajaan Thai menubuhkan jawatankuasa mengenai pembangunan Zon Khas Lima Sempadan Wilayah Selatan, yang dipengerusikan sendiri oleh Abhisit, untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan dalam memenuhi keperluan penduduk tempatan.

Pada Oktober 2009, kerajaan Thai melancarkan pelan pembangunan empat tahun (2009-2012), untuk lima wilayah selatan dengan peruntukan 68.7 bilion baht (RM220 juta) bagi membantu dan meningkatkan sektor pelancongan, perikanan, hasil getah, pengeluaran minyak sawit dan industri makanan halal.

Sementara itu, duta yang ditempatkan di Kementerian Hal Ehwal Luar, Isorn Pocmontri berkata keganasan di wilayah selatan telah berkurangan dan ramai penduduk telah pulang ke rumah masing-masing.

"Adalah selamat untuk ke wilayah Selatan jika anda mematuhi undang-undang," katanya. - BERNAMA

 
www.bharian.com.my
 
 » MELAYU
Ini ada lah kenyataan kematian Imanuddin BiN Harun
PM anggapnya kunci penyelesaian konflik
"Suara" rakyat di Wilayah Selatan akan diambil kira: Abhisit
Pelajar ditembak oleh Peluru sesat ketika sedang belajar
Puak pemisah selatan Thai sedia berunding/Patani liberation movements ready for talks with the Thais
 
 » POLITICS
ปะทะเดือดที่ยะลาทหารดับ1เจ็บ2 วิสามัญคนร้ายตายพบมีหมายจับ
ตำรวจสั่งไม่ฟ้องผู้ต้องหากราดยิง 10 ศพมัสยิดไอร์ปาแย!/ข่าวจากประชาชน
ฆาตกรโหดฆ่าเยาวชนมลายูมุสลิม, จังหวัดชายแดนภาคใต้ (สังหารโหดของวัยรุ่นอายุ 20 ปีชื่อ อีมาดุดดีน บิน ฮารูน)
วางระเบิดตำรวจระแงะ สาหัส 3 รถพังยับ คาดก่อเหตุร้ายในช่วงเดือนรอมฏอน
ปะทะเดือดอาร์เคเคที่รือเสาะยึดของกลางเพียบ
 
 » CRIME
เปิดประกาศจับ “2 นักธุรกิจ” อาชญากรโกงชาติ!
จับอาชญากรโลก เซิร์บฆ่าล้างพันธุ์/Karadzic said to have worked as a guru while on the run
ป่วนใต้ไล่ประกบ รัวอาก้าฆ่ากํานัน เด็ดชีพชาวบ้าน1
ไล่ยิงชาวบ้านกลางสวนยางนราธิวาส ดับ 2 สาหัส 2 ราย
ยิงถล่ม อุสตาดสอนอัลกรุอานให้เด็กในหมู่บ้าน
 
 » ENGLISH
MOSQUE MASSACRE ,Seh Daeng's aide linked to Narathiwat massacre
South blast injures 3; bomb found in north
People's Voice In Southern Provinces Will Be Considered - Abhisit
Separatists 'cease fire' in 3 areas
Latest bomb attack in Yala kills three
 
 » SPECIAL REPORT
MILF tolak tawaran autonomi terbaru kerajaan Filipina
Autonomi baru MILF
Undang-undang Syariah di Ace
Apa Makna Allah Kepada Melayu
OIC gagal bawa perpaduan dunia Islam: Dr Mahathir
 
 
 
 
Perubahan PPPB
News Online News Online
 
 
 
 
Copyright © 2006. All Rights Reserved.