|
 |
 |
2009-12-13 |
 |
 |
| Mesej terhadap keangkuhan Abhisit menangani isu Patani |
| Rata-rata orang mengtahui apa yang telah berlaku di Patani khususnya pada 8-9 hb Disember 2009 yang lalu, sempena lawatan bersama PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya Abhisit Vijjajiva PM Thailand ke Bengnara pada 9 hb Disember lalu, |
| |
lawatan terseut yang dianggapkan sebagai lawatan yang cukup berani di kawasan yang dipenuhi dengan serangan letupan luar jangkaan dan ia juga dianggap sebagai bersejarah oleh ramai pemerhati. Apakah motif dan mesej yang ingin disampaikan oleh pejuang-pejuang pembebasan Patani di sebalik serangan bertalu-talu yang disertakan dengan mesej bertulis yang belum pernah dilakukan sebelum ini dalam era terbaru perjuangan Patani masa kini.
Mesejnya adalah jelas ditujukan khusus kepada keangkuhan Abhisit dan Timbalannya Suthep Thaugsuban yang terang terangan tidak mahu mengakui kewujudan pejuang-pejuang Patani dan tidak bersedia langsung untung berunding dengan mereka.
Pada petang 8 hb Disember 2009 iaitu sehari sebelum ketibaan PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak ke Bengnara satu letupan bom telah berlaku di sebuah pasar sayur 1.5 km dari Hotel Royal tempat di mana para delegasi akan makan tengahari di situ, dan pada waktu malamnya pula satu lagi letupan berlaku di Taba. Letupan-letupan tersebut adalah untuk memberi amaran keras kepada mereka berdua bahawa jangan memandang rendah terhadap kemampuan dan kebolehan para pejuang, mereka boleh melakukan serangan lebih dahsyat dari itu kalau mereka inginkan walaupun dalam keadaan kawalan yang begitu ketat sekali. Sebelum ini mereka berdua selalu mengatakan kepada dunia bahawa keadaan di Patani adalah terkawal dan sudah bertambah baik. Maka kejadian tersebut membuktikan sebaliknya yang berlaku.
Bukan setakat bom dengan bunyinya dan kesannya terhadap fisikal maknusia yang berlaku, malahan buat pertama kalinya para pejuang pembebasan Patani menyampaikan mesej mereka melalui kain-kain rentang yang dipasang di seluruh pelusuk Patani pada malam 8 hb Disemer, di mana perkara seperti ini tidak pernah diguna pakai oleh para pejuang sebelum ini dalam perjuangan terkini. Di antara yang di tulis ialah:
“Fatoni sebahagian daripada Malaysia”
“kami akan tuntut hak kami dengan mati-matian” “Kami akan bela darah kawan kami yang.telah syahid” . Kebanyakan kain rentang ini di pasang di wilayah Bengnara. Oleh itu ramai pemerhati berpendapat mesejnya ditujukan kepada PM Malaysia, untuk mengatakan bahawa tanah Patani ialah kepunyaan orang Melayu yang sebangsa dengan Malaysia, mereka sanggup gugur syahid untukny, amaka diharap berilah apa-apa yang dirasakan baik kepada orang Melayu Patani, tapi ingat Patani ada tuannya tidak boleh dibuat sembarangan, merekalah yang berhak menetukan baik buruknya orang lain hanya boleh membantu kalau mereka ingin.
Pada 9 hb Disember sebanyak 13 kejadian letupan dalam satu hari, tidak satupun berlaku di Bangnara tapi di wilayah Jala dan Patani yang mengakibatkan 3 kematian dan 13 cedera.
Semua serangan letupan tidak disasarkan satu pun kepada PM Malaysia dan ahli rumbungannya, buktinya kejadian perama berlaku sebelum satu hari lawatan, sebagai mengisytiharkan kewujudan mereka di medan, dan letupan-letpan pada hari lawatan pula iaitu 9 hb Disember dilakukan jauh dari tempat lawatan iaitu di dua wilayah yang berdekatan tidak di wilayah Bangnara.
Setelah diteliti semua kejadian letupan yang disebut di atas ramai yang bersepakat mengatakan bahawa para pejuang sebenarnya ingin menyampaikan mesej ringkas kepada Abhisit, timbalanny Suthep dan General Anupong Paochinda bahawa jangan memandang ringan terhadap tuntutan-tuntutan pejuang pembebasan Patani, mereka mempunyai kemampuan yang tinggi untuk bertindak walaupun dalam keadaan berjaga-berjaga yang begitu ketat sekali.
|
| |
| P, Dalam negeri |
|
|
|