| ประวัติ/ Patani | Hajisulong & Patani | Patani itu Langkasuka | Patani&Mahyiddeen | Sejarah Melayu | Sejarah Perjuangan Melayu Patani | Takbai and kerisek Report |
 
PATANI News Online Thai Military Assult on Unarmed 85 Deaths 200 Arrest tak bai News Online




















2009-11-08
TPM Thailand Tidak Berminat Dengan Cadangan PULO Malaysia Sebagai Orang Tengah
BANGKOK, 5 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Thailand Suthep Thaugsuban yang berpengaruh memandang sepi terhadap gesaan puak pemisah Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) agar Malaysia bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik Selatan Thailand.
 
Suthep, yang bertanggungjawab mengenai hal keselamatan, memberitahu media beliau percaya cadangan itu tidak akan berhasil.

"Namun saya tidak akan berkata apa-apa yang akan hanya menimbulkan pertelingkahan," katanya semasa ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden PULO Kasturi Mahkota bahawa mereka bersedia untuk berunding dengan kerajaan Thailand menerusi pihak ketiga, termasuk Malaysia.

Meskipun begitu, Kasturi memberitahu sebuah akhbar Malaysia bahawa kerajaan Thailand setakat ini tidak bersedia untuk menjadikan Malaysia sebagai orang tengah kerana mereka berpendapat negara jiran itu akan memihak berikutan faktor agama, bangsa dan sejarah.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata kebebasan yang diperlukan puak pemisah itu tidak wajar, tetapi Thailand seharusnya menawarkan satu tahap autonomi kepada wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Najib telah menerima jemputan rakan sejawatannya Abhisit Vejjajiva untuk melawat wilayah bergolak pada bulan depan selepas rundingan tahunan di bandar raya negara itu.

Lebih 3,600 orang terkorban dalam keganasan yang berlaku setiap hari sejak kumpulan pemisah melancarkan semula serangan bersenjata pada Januari 2004 untuk mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala yang bersempadan dengan Malaysia.

Bangkok, yang telah mengerahkan lebih 60,000 anggota tentera ke kawasan itu berkata angka keganasan telah berkurangan berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini, tetapi kejadian letupan bom dan tembakan masih berlaku.

Mengenai rancangan pengerusi parti pembangkang, Puea Thai Party Chavalit Yongchaiyudh yang juga bekas perdana menteri untuk melawat Malaysia dan mencadangkan kerajaan autonomi 'Bandar Pattani', Suthep berkata beliau tidak bimbang kerana ia merupakan isu dalaman.

"Kami akan meneruskan dengan dasar-dasar kami," katanya.

Chavalit berkata beliau memohon mengadakan pertemuan dengan Najib minggu depan untuk membincangkan beberapa perkara kepentingan bersama, antara lain ialah konflik di Selatan Thailand, padi, beras dan industri halal.

-- BERNAMA

 
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=452695
 
 » MELAYU
Ini ada lah kenyataan kematian Imanuddin BiN Harun
PM anggapnya kunci penyelesaian konflik
"Suara" rakyat di Wilayah Selatan akan diambil kira: Abhisit
Pelajar ditembak oleh Peluru sesat ketika sedang belajar
Puak pemisah selatan Thai sedia berunding/Patani liberation movements ready for talks with the Thais
 
 » POLITICS
ชี้โจรใต้มุ่งฆ่าจนท.รัฐมากขึ้น
ปะทะเดือดที่ยะลาทหารดับ1เจ็บ2 วิสามัญคนร้ายตายพบมีหมายจับ
ตำรวจสั่งไม่ฟ้องผู้ต้องหากราดยิง 10 ศพมัสยิดไอร์ปาแย!/ข่าวจากประชาชน
ฆาตกรโหดฆ่าเยาวชนมลายูมุสลิม, จังหวัดชายแดนภาคใต้ (สังหารโหดของวัยรุ่นอายุ 20 ปีชื่อ อีมาดุดดีน บิน ฮารูน)
วางระเบิดตำรวจระแงะ สาหัส 3 รถพังยับ คาดก่อเหตุร้ายในช่วงเดือนรอมฏอน
 
 » CRIME
เปิดประกาศจับ “2 นักธุรกิจ” อาชญากรโกงชาติ!
จับอาชญากรโลก เซิร์บฆ่าล้างพันธุ์/Karadzic said to have worked as a guru while on the run
ป่วนใต้ไล่ประกบ รัวอาก้าฆ่ากํานัน เด็ดชีพชาวบ้าน1
ไล่ยิงชาวบ้านกลางสวนยางนราธิวาส ดับ 2 สาหัส 2 ราย
ยิงถล่ม อุสตาดสอนอัลกรุอานให้เด็กในหมู่บ้าน
 
 » ENGLISH
All Narathiwat schools close doors after two teachers killed
MOSQUE MASSACRE ,Seh Daeng's aide linked to Narathiwat massacre
South blast injures 3; bomb found in north
People's Voice In Southern Provinces Will Be Considered - Abhisit
Separatists 'cease fire' in 3 areas
 
 » SPECIAL REPORT
MILF tolak tawaran autonomi terbaru kerajaan Filipina
Autonomi baru MILF
Undang-undang Syariah di Ace
Apa Makna Allah Kepada Melayu
OIC gagal bawa perpaduan dunia Islam: Dr Mahathir
 
 
 
 
Perubahan PPPB
News Online News Online
 
 
 
 
Copyright © 2006. All Rights Reserved.