| ประวัติ/ Patani | Hajisulong & Patani | Patani itu Langkasuka | Patani&Mahyiddeen | Sejarah Melayu | Sejarah Perjuangan Melayu Patani | Takbai and kerisek Report |
 
PATANI News Online Thai Military Assult on Unarmed 85 Deaths 200 Arrest tak bai News Online




















2009-10-28
Pulo sedia bincang tanpa syarat
Saranan Malaysia disambut baik tamatkan konflik di selatan Thailand , KOTA BHARU: Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (Pulo) menyambut baik saranan Malaysia supaya berunding dengan Kerajaan Thailand, berhubung tawaran yang hendak diberikan kepada kumpulan pejuang pemisah di selatan Thailand bagi menamatkan konflik wilayah bergolak itu.
 
Timbalan Presiden Pulo, Kasturi Mahkota, berkata pertubuhan itu sedia duduk berbincang tanpa sebarang syarat, tetapi rundingan mesti dikendalikan pihak ketiga yang berkecuali.

"Isu Pattani (wilayah selatan Thailand) adalah isu penjajahan dan penindasan kerajaan Thailand terhadap umat Islam di wilayah itu selama ini. Pulo dan kumpulan pejuang lain yang bergerak di dalam dan luar wilayah itu, adalah pertubuhan memperjuangkan kemerdekaan. Namun, Pulo sedia duduk berbincang apa saja cadangan atau tawaran daripada pihak Thailand.

"Ia bukan bererti kami sedia menerima semuanya, sebaliknya sedia berbincang tanpa sebarang syarat jika dikendalikan pihak ketiga. Dalam hal ini, kami sedia menerima mana-mana pihak sebagai pihak ketiga yang berkecuali. Malah Pulo, mengalu-alukan kalau Malaysia menjadi pihak ketiga kerana kami tidak pernah menolak peranan Malaysia dalam mencari keamanan di wilayah ini.

"Malangnya, hingga kini, Kerajaan Thailand sebenarnya tidak bersedia menerima Malaysia menjadi pihak ketiga dalam isu ini, kerana mereka beranggapan Malaysia akan berpihak kepada pejuang pemisah sebab rakyatnya mempunyai persamaan agama, bangsa dan sejarah," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dilaporkan berkata, tuntutan kemerdekaan oleh kumpulan pemisah di selatan Thailand adalah tidak wajar, tetapi berpendapat Thailand seharusnya menawarkan tahap autonomi tertentu kepada wilayah yang majoritinya umat Islam itu.

Najib dan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, juga dijadual akan mengadakan lawatan bersama ke wilayah bergolak merangkumi Pattani, Narathiwat dan Yala di selatan Thailand itu, Disember ini.

Kasturi yang baru dilantik sebagai Timbalan Presiden Pulo sejak Julai lalu, berkata kenyataan Najib yang disiarkan media Thailand, yang mensyaratkan supaya pejuang pemisah perlu menerima semua autonomi dan perlembagaan Thailand agak membimbangkan mereka, sebelum sebarang perbincangan dilakukan.

"Apa pun, Pulo kini menunggu jemputan untuk duduk semeja. Malah, Pulo juga sedia memanggil kumpulan pejuang lain menyertai perbincangan kerana kami percaya kepada usaha mencari penyelesaian.

"Selain daripada Pulo, sekurang-kurangnya dua kumpulan lain mesti ikut sama dalam penyelesaian masalah yang telah lama berlarutan ini, antaranya Barisan Revolusi Nasional (BRN) serta Barisan Islam Pembebasan Pattani (BIPP)," katanya.

Kasturi berkata, Pulo kini diketuai Nur Abdul Rahman yang dilantik sebagai Presiden sejak Julai lalu hasil perundingan perwakilan pertubuhan itu yang mewakili empat zon iaitu dalam negeri, sempadan, Eropah dan Asia Barat.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20091028005401/Article/index_html

 
http://www.puloinfo.net/?Show=ReadArticles&ID=128
 
 
 » MELAYU
Ini ada lah kenyataan kematian Imanuddin BiN Harun
PM anggapnya kunci penyelesaian konflik
"Suara" rakyat di Wilayah Selatan akan diambil kira: Abhisit
Pelajar ditembak oleh Peluru sesat ketika sedang belajar
Puak pemisah selatan Thai sedia berunding/Patani liberation movements ready for talks with the Thais
 
 » POLITICS
ชี้โจรใต้มุ่งฆ่าจนท.รัฐมากขึ้น
ปะทะเดือดที่ยะลาทหารดับ1เจ็บ2 วิสามัญคนร้ายตายพบมีหมายจับ
ตำรวจสั่งไม่ฟ้องผู้ต้องหากราดยิง 10 ศพมัสยิดไอร์ปาแย!/ข่าวจากประชาชน
ฆาตกรโหดฆ่าเยาวชนมลายูมุสลิม, จังหวัดชายแดนภาคใต้ (สังหารโหดของวัยรุ่นอายุ 20 ปีชื่อ อีมาดุดดีน บิน ฮารูน)
วางระเบิดตำรวจระแงะ สาหัส 3 รถพังยับ คาดก่อเหตุร้ายในช่วงเดือนรอมฏอน
 
 » CRIME
เปิดประกาศจับ “2 นักธุรกิจ” อาชญากรโกงชาติ!
จับอาชญากรโลก เซิร์บฆ่าล้างพันธุ์/Karadzic said to have worked as a guru while on the run
ป่วนใต้ไล่ประกบ รัวอาก้าฆ่ากํานัน เด็ดชีพชาวบ้าน1
ไล่ยิงชาวบ้านกลางสวนยางนราธิวาส ดับ 2 สาหัส 2 ราย
ยิงถล่ม อุสตาดสอนอัลกรุอานให้เด็กในหมู่บ้าน
 
 » ENGLISH
All Narathiwat schools close doors after two teachers killed
MOSQUE MASSACRE ,Seh Daeng's aide linked to Narathiwat massacre
South blast injures 3; bomb found in north
People's Voice In Southern Provinces Will Be Considered - Abhisit
Separatists 'cease fire' in 3 areas
 
 » SPECIAL REPORT
MILF tolak tawaran autonomi terbaru kerajaan Filipina
Autonomi baru MILF
Undang-undang Syariah di Ace
Apa Makna Allah Kepada Melayu
OIC gagal bawa perpaduan dunia Islam: Dr Mahathir
 
 
 
 
Perubahan PPPB
News Online News Online
 
 
 
 
Copyright © 2006. All Rights Reserved.